
Kawasan perumahan Taman Seri Gombak mula diduduki seawal tahun 1982. Bermula dengan beberapa fasa, penduduk Islam
mula memerlukan sebuah tempat untuk beribadah, maka sebuah rumah telah disewa untuk dijadikan surau.
​
Selama lebih kurang setahun penduduk Islam berjaya mengumpul derma untuk membina sebuah surau dengan kos sebanyak RM43,000.00. Tanah di kawasan kosong terletak dihujung Jalan SG 1/26 dikenalpasti sebagai lokasi pembinaan. Setelah siap ia diberi nama " Surau Ittifaqiah".
​
Pada tahun 1986, surau ini telah diberi kebenaran oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk didirikan solat Jumaat dan dinaiktaraf sebagai sebuah masjid iaitu " Masjid Al-Ittifaqiah ".
​
Kini, setelah lebih 20 tahun dan walaupun telah ada sebuah masjid baru berdekatan, Masjid Ittifaqiah terus menjadi tumpuan penduduk sekitar Zon kariah Masjid Ittifaqiah meliputi Fasa 1 dan Fasa 10 Taman Sri Gombak, Taman Bolton, Wira Damai,
Gombak Permai, Gombak Indah, Flat Sri Rampal, Sunway Batu Caves.